Friday, March 11, 2011

Rahsia Keris Dan Senjata Warisan Melayu


       Rahsia Keris dan Senjata Warisan Melayu adalah sebuah buku yang membicarakan tentang senjata warisan Melayu yang julung-julung kalinya dihasilkan oleh seorang anak Melayu.Ianya mengandungi 314 mukasurat dengan 200 lakaran senjata Melayu dan 114 gambar foto senjata Melayu yang berwarna.Pengarang menggunakan bahasa yang dicampur dengan puisi Melayu lama sesuai dengan isi buku ini, iaitu Warisan Melayu.Segala rahsia senjata dikupas berdasarkan seni bentuk, tanda-tanda, besi dan pamor.Ilmu tentang senjata ini diperolehi berdasarkan kajian yang dibuat oleh pengarang selama lebih daripada empat puluh tahun.Inilah pertama kalinya maklumat tentang rahsia senjata Melayu dibukukan.Buku ini dapat memberi pengetahuan dan sangat berguna kepada peminat-peminat senjata Melayu.Di samping itu juga, generasi muda dapat memahami dengan lebih mendalam dan menyeluruh tentang Rahsia Senjata Warisan Melayu

ISBN: 9789834343408
PRICE: RM250.00
Kajian Tindakan Di Sekolah (Satu Pengenalan)


      Selain daripada mendengar ceramah, membaca buku, menghadiri kursus dan sebagainya, kajian tindakan juga boleh merubah dan membaiki amalan para guru.Ia juga dapat merapatkan hubungan persahabatan semua guru.Oleh itu, usaha membudayakan penyelidikan di sekolah-sekolah memerlukan sokongan semua pihak.Peranan pengetua/guru besar amat penting dalam merealisasikan hasrat murni ini.

ISBN: 9789834378370
PRICE: RM 26.90

Islam Dan Survival Ummah (Siri Pertama)


       Islam & Survival Ummah (Siri Pertama) merupakan kompilasi kertas kerja yang dihasilkan oleh pensyarah-pensyarah Universiti Utara Malaysia.Kompilasi ini menjurus kepada dapatan daripada hasil kajian ilmiah yang dilakukan merangkumi beberapa bidang utama dalam meniti survival ummah, khususnya kepada kehidupan rakyat di negara ini.Kompilasi ini mengenengahkan topik-topik berikut:

1.TASAWWUR ISLAM DAN SURVIVAL PEMBANGUNAN
2.SURVIVAL PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA
3.SEJARAH PENTERJEMAHAN AL-QUR'AN DI NUSANTARA
4.ETIKA PERNIAGAAN MENURUT AL-QUR'AN
5.SURVIVAL KONSEP AL-TA'AWUN DALAM PERNIAGAAN
6.ISLAM DAN SURVIVAL PEMILIHAN CALON PILIHAN RAYA
7.KEMAHIRAN INSANIAH MENURUT SUNNAH NABAWI
8.TUNTUTAN PENGIMARAHAN MASJID

ISBN: 9789671022030 
PRICE: RM26.00
Terjah Bisnes MLM


       Bisnes MLM (Multi Level Marketing) adalah alternatif bisnes yang terkini.Bisnes MLM menekan kaedah atau pelan pemasaran yang unik bagi memasarkan sesuatu produk yang dikeluarkan.Kini, sayap bisnes MLM berkembang luas dalam masyarakat sehinggakan berjaya menerobos di setiap ruang kehidupan masyarakat.Urusniaga atau transaksinya berlaku samada dirumah, pejabat, restoran, hotel atau lain-lain tempat termasuk di internet.Bisnes MLM diibaratkan sebagai medan atau kios bagi mewujudkan jaringan usahawan yang cuba mengenengahkan teknik pemasarannya yang ersendiri dan unik.Ini akan menjelmakan satu ruang yang luas untuk masyarakat berbisnes secara mudah, senang dan berpendapatan.namun, ianya cukjup kompleks untuk diperkatakan.Maka buku " Terjah Bisnes MLM ' membuka lembaran dalam mengupas persoalan-persoalan yang berkaitan dengan bisnes MLM.

ISBN:9789671022009
PRICE: RM16.00

Thursday, November 25, 2010

Koleksi Cerita Asuhan Akhlak

 

 


ISBN : 983-3900-00-3
Harga : 490.00/set
 OFFER - Rm100

Judul-judul dalam siri ini:
- Sedekah yang ikhlas
- Kubah didasar laut
- Hanya kuda pinjaman
- Rahsia sebuah mimpi
- Misteri sepucuk surat
- Geroda yang sombong
- Akibat menyakiti hati ibu
- Pemuda yang bijaksana
- Diselamatkan ikan cerdik
- Kambing bersusukan madu
- Berpandukan kisah benar

- Berpandukan kisah benar
  • - Memuatkan 50 Kisah yang menarik
  • - Sarat dengan pengajaran
  •  - Sumber bagi mendidik akhlak mulia di kalangan kanak-kanak 





    Wednesday, November 24, 2010

    Start to Play Chess Book Three: Intermediate

     

           This book is based on the work of experienced chess teachers from all over the world who came together to work at the ASEAN Chess Academy, and tested in the last five years with considerable success in Singapore, Malaysia, Vietnam, Korea and Taiwan.
     
    Book Three:
    For National Instructors use
    ISBN: 9789833900381
    PRICE: RM 24.90

    NOW OFFER - RM10

    Start to Play Chess Book Two: Elementary

     

           This book is based on the work of experienced chess teachers from all over the world who came together to work at the ASEAN Chess Academy, and tested in the last five years with considerable success in Singapore, Malaysia, Vietnam, Korea and Taiwan.

     

      Book Two:
    For Elementary level

    ISBN: 9789833900374
    PRICE: RM 24.90

                                                    NOW OFFER - RM10
                                                                      


    Start to Play Chess Book One: Beginners

     

     

           This book is based on the work of experienced chess teachers from all over the world who came together to work at the ASEAN Chess Academy, and tested in the last five years with considerable success in Singapore, Malaysia, Vietnam, Korea and Taiwan.

    Book One:
    Beginners is the official textbook for Developmental Instructors
    ISBN: 9789833900367
    PRICE: RM 24.90
    NOW OFFER - RM10
    Pahit Manis Bumi Rusia 
    ( Liku-Liku Meniti Kejayaan 2 )



           Buku ini memaparkan sebuah pengalaman menarik dan berharga sebuah kehidupan di bumi asing Rusia.Fakta sejarah asas negara Rusia dijadikan pembuka bicara dan disusuhi dengan kisah-kisah kehidupan yang disusun mengikut kronologi empat musim yang sangat signifikan.Ianya diselangselikan dengan gambar-gambar menarik yang menampilkan keadaan sebenar suasana di bumi Rusia.Pelbagai wawasan dan panduan boleh diambil dari pembacaan buku ini.

    Liku-liku Meniti Kejayaan 2: Pahit Manis di Bumi Rusia
    Sebuah Kehidupan Penuh Memori
    ISBN: 978-9833900497
    Price: RM29.90

    Liku-Liku Meniti Kejayaan & Siri Menangani Isu dan Konflik


    Liku-Liku Meniti Kejayaan 

    ISBN:9789833900350

    RM150.00
    NOW OFFER - RM70
     

           Buku ini memaparkan semangat juang seorang anak tani yang berjaya dan menjadi pertama. Tubuh kecilnya mendapat tolakan jiwa dalam memburu pencapaian akademik sehingga di bangku sekolah rendah hingga ke peringkat PHD, dan seterusnya meniti liku-liku kejayaan dalam kerjaya yang menjadi impiannya. Elemen motivasi dan semangat patriotik melatari kisah dan anekdot perjalanan hidup penulis di dalam dan luar negara. Dikepilkan petua-petua kecemerlangan paling asas yang ramai orang terlepas pandang, khususnya dalam kehidupan seorang muslim.

     

    SIRI MENANGANI ISU DAN KONFLIK
    ISBN: 9789833900282
    RM 390.00


    NOW OFFER - RM100


            Siri ini sarat dengan informasi tentang permasalahan yang sedang melanda masyarakat pada hari ini.

           Isu penularan gejala ekstrem khususnya dikalangan remaja, isu tentang keraguan halal dan haram terhadap sesuatu produk makanan, isu produk kecantikan dan kesihatan yang membahayakan kesihatan pengguna khususnya wanita.

            Selain itu, negara kita sekali lagi digemparkan dengan isu bencana alam luar biasa dan dunia serta pencemaran alalm sekitar yang tiada kesudahan. Isu penerapan integriti dan nilai murni dalam setiap masyarakat terus diusahakan walaupun banyak cabaran yang harus dihadapi.

     

    Tuesday, November 23, 2010

    Sains dan Syariah (Dinamisme Sains Dalam  Pengajian Syariah di Malaysia)

           Syariat Islam bersifat dinamik dan realistik dalam menghadapi arus perubahan perdana.Dinamisme pengajian syariah berperanan penting dalam usaha mengekalkan status keunggulan Syariat moden harus berorientasikan pengajian Sains dalam kerangka integrasi dan interaksi yang pro-aktif dan progresif. Maka, buku ini telah mengemukakan konsep dan sejarah perkembangan sains dalam optik Islam dan Barat. Aspek pemikiran metologi, epistemologi dan aplikasi Sains Islam dan Barat wujud perbezaan ketara, namun titik persamaan menjadi fokus utama. Bahkan, perbezaan keduanya bukan penghalang kepada gagasan integrasi pengajian Syariah dan sains.Kesepaduan ilmu sains dan pengajian Syariah dalam sistem tradisi pendidikan Isla menjadi pemangkin kecemerlangan sarjana muslim silam.Proses islamisasi dan asimilasi Sains Barat perlu disintesis secara berhemah demi pembangunan pengajian Islam berteraskan pengajian Syariah moden.Secara holistiknya, buku ini amat obses terhadap kepentingan integrasi pengajian sains dan pengajian Syariah secara kondusif dan komprehensif. Aspek substantial dan struktural sistem pendidikan kedua-kedua bidang pengajian tersebut perlu direkonstruktif semula. Kewajaran dan rasionalnya amat jelas dan nyata demi keseimbangan dan survival dinamisme pengajian Syariah di Malaysia.

    Sains & Syariah
    Dinamisme Sains Dalam Pengajian di Malaysia
    ISBN:
    Price: Rm45.00
    Tahun:2011

    Fitness Food Made Simple

           Ian Yusof is currently working as a full-time civil engineer in Kuala Lumpur.In his free time, he is a Personal Trainer and a Lifesavings Instructor.He runs a fitness training company, Corporate Athletes, established in 2006.His passion for healthy living started when he was very young.He is very active in sports and is a regular in marathons and endurance races locally and abroad. His passion for healthy cooking ignited during his early years as a Personal Trainer, as he truly believes that fitness and healthy food should always come hand in hand.As a result, Fitness Kitchen (the F&B arm of Corporate Athletes) was born in early 2009.Since then,he has been conducting private cooking lessons at private homes.He has been featured in newspapers and appeared on several live televisyen shows.He hopes to create more awareness on healthy eating through easy cooking, while maintaining an active lifestyle.

    Fitness Food Made Simple
    ISBN:978-983-3900-51-0
    Price: Rm59.90
    Tahun: 2010

    Memoir Seorang Juruterbang

                                           
                                             Memoir Seorang Juruterbang
                                                   ISBN:9789833900527
                                                         Price:89.90