Friday, March 11, 2011

Rahsia Keris Dan Senjata Warisan Melayu


       Rahsia Keris dan Senjata Warisan Melayu adalah sebuah buku yang membicarakan tentang senjata warisan Melayu yang julung-julung kalinya dihasilkan oleh seorang anak Melayu.Ianya mengandungi 314 mukasurat dengan 200 lakaran senjata Melayu dan 114 gambar foto senjata Melayu yang berwarna.Pengarang menggunakan bahasa yang dicampur dengan puisi Melayu lama sesuai dengan isi buku ini, iaitu Warisan Melayu.Segala rahsia senjata dikupas berdasarkan seni bentuk, tanda-tanda, besi dan pamor.Ilmu tentang senjata ini diperolehi berdasarkan kajian yang dibuat oleh pengarang selama lebih daripada empat puluh tahun.Inilah pertama kalinya maklumat tentang rahsia senjata Melayu dibukukan.Buku ini dapat memberi pengetahuan dan sangat berguna kepada peminat-peminat senjata Melayu.Di samping itu juga, generasi muda dapat memahami dengan lebih mendalam dan menyeluruh tentang Rahsia Senjata Warisan Melayu

ISBN: 9789834343408
PRICE: RM250.00

No comments:

Post a Comment

Any enquiry, please do not hesitate to leave your comments here: